Friday, July 16, 2010

new home

hye asdiqai!!
now..FYI, i've moved to a new home n college..from Kajang to Sepang..from UIA to KTT..how to say ah?basically,the atmosphere..at first was totally different...y???
yup!of course..in UIA u wont see any other races except for MALAYS..n most important is all of them are MOSLEM! but now..the environment is a bit freaking me out..many races and religions around u!like MR RAzib said..this is a mental preparation for all of u b4 u fly to India..i hope so..n i hope that i can go through this without falling!Ya Allah!Please guide me!One more unique thing that I felt is that..when i experienced a maghrib solah at DU..and beside DU is LH5..where the Christian Foundation is having their religion activity too!YA ALLAH!i really2 felt awkward about this..as b4 i was in all Moslem school..never n ever experienced this kind of things..so..i just PHEw!!May AllAh always guide me n make me a strong muslimah n mukminah..Amin~

LOVE??

What is love? Love is definitely essential in our life. How much we appreciate love in our life? What can we get from love? Here, I will show you what LOVE is.


Lucky;

Being lucky as a Muslim. Learn the meaning of love in Islam is beautiful. I love Allah, Prophet Muhammad (pbuh), my parents, family and all my Muslim sisters and brothers.

Obey;

Obey the rules in Al-Quran and As-Sunnah, we will surely get the perfect blissful life. There are many things that I learnt in Al-Quran and As-Sunnah, including love. As we know, Islam is a religion that loves peace.
Vow;

Vowing that there is no god but Allah, Muhammad is the Messenger of Allah. Only Allah is The One who we cannot forget. He is always watching us and always cares about us.
Effort;

Love is an effort to get the meaningful life. Always caring and being honest is a vital in love. We need to be caring and honest with our brothers and sisters in Islam and to all people all around the world.





That is LOVE, which will always makes us smile and happy, always in our heart, forever and ever...InsyaAllah.

Friday, June 4, 2010

cfs iium

hm..nak ckp ape ek..observation dok kat uia for these two weeks...not bad a..sukakan environment nye..islamic envi..syokk!!!takla soSIAL sgt..but act depends kat diri sendiri gak..huhu..kawan pon rmi(ssp la byk nye huhu:)roomate yang bek..tuh je la kot sementara nie yang boleh diperkatakan coz..class pon tak start lg..so..ktrg mmg thp max nye bowsan la diz week..tido...zzzzzzzzzzz....je..haha..plus..novels..mau seksa jiwa..tuh la manusia..tak pernah puas..byk keje merungut..tak de keje pon merungut...haish..hehe..alamak!!!tak de idea dah la..huhu..kla..assalamualaikum..

Tuesday, March 2, 2010

nauzubillah...

beberapa hari lepas...ana ada tertengok sebuah dokumentari kat discovery channel..
it shows the relationship between a tiger and a baby monkey..
Subhanallah...
Ana rase terkejut dengan sikap keibuan tiger itu terhadap baby monkey itu...mungkin baby monkey itu tersesat...dan tiada shelter...so..tiger tadi pun terus menjaga baby monkey itu dan sentiasa memeluk baby monkey itu.setiap kali baby monkey itu hendak terjatuh dari pokok tempat mereka berteduh..tiger itu akan terus menyambutnya...selain itu..setiap kali ade haiwan pemangsa lain yang cuba menangkap baby monkey itu..tiger itu akan terus melawan....tengoklah..walaupun mereka berlainan jenis..prey-predator..tetapi...tgklah..maha besarnya kuasa Allah...memberi rasa kasih dalam jiwa tiger itu terhadap baby monkey itu...
sedangkan binatang pun mempunyai belas kasihan...tp manusia???tergamak membunuh dan mendera anak kecil yang sama jenis..sedangkan manusia itu elah dikurniakan Allah akal..tidak seperti haiwan...mereka tidak mempunyai akal..but yet??
renungkanlah...
salam perjuangan..

Thursday, February 25, 2010

ya habibullah...

Pernah suatu ketika selepas beberapa tahun Hijrah...semua penduduk Madinah gempar dengan kahilangan nabi Muhammad..S.A.W..termasuk juga kaum keluarga nabi Muhammad..termasuk juga isteri2 nye..mereka semua tidak tahu dimanakah nabi Muhammad ketika itu..


Di sebuah gua yang terletak di luar kota Madinah..nabi Muhammad sedang sujud..dalam sujudnya..baginda memohon semoga umatnya selamat dari segala fitnah duna..
usai solat,baginda termenung panjang..memikirkan nasib yang bakal melanda umatnya..baginda berada dalam keadaan resah dan gelisah yang tidak menentu..
RISAU MEMIKIRKAN UMATNYA DI MASA HADAPAN..
Lantas..Malaikat Jibril datang dan memberitahu kepada nabi Muhammad,..
"Janganlah engkau risau wahai kekasih Allah..sesungguhnya Allah telah memberi jaminan bahawa pintu2 taubat dan pengampunanNya kepada umatmu tersangatlah luas..
Oleh itu..pulanglah semula ke pangkuan keluargamu.."

Oleh itu sahabat...di sini boleh kita lihat betapa kasihnya nabi kita kapada kita..tetapi pernahkah kita ingat kepadanya??pernah atau tidak kita terfikir bahhwa..kesilapan kita sekarang mengundang sayu dan pedih di hati nabi kita??
Fikirkanlah...
UHIBBURASULULLAH>>>>

SALAM MAULIDURRASUL

TIADA HARAPAN SELAIN ALLAH..

TIADA IDOLA SELAIN NABI..

TIADA KATA SELAIN QURAN..

TIADA JALAN SELURUS SUNNAH..

Salam Maulidurrasul sahabat..
semoga kita sentiasa menjadi umat nye yang sentiasa ingatkan nabinya yang ketika hidup tidak pernah sesaat pun melupakan kita...

Tuesday, February 23, 2010

sayu

sedih rase jiwa apabila kita lebih mencintai yang lain selain dariNya..
betul,perasaan itu terlalu pedih untuk ditahan..mmg betul..lebih eloklah mencintai tuhan berbanding mencintai sesama manusia kerana jaminan tuhan itu suatu yang pasti berbanding jaminan manusia yang belum pasti lagi..memang sakit hati bila tidak dilayan tatkala kita asyik memuja dan memuji sang dicintai dalam senyap..
tetapi sedarkah kita jika memuja dan memuji Allah dalam senyap atau terang-terangan itu lebih bermakna dan berbaloi kerana Allah sentiasa mendengar rintihan dan luahan hati hambaNya..dan pasti akan membantu hambanya itu..
Oleh itu..teman..lupakan kasih cinta sesama manusi terutama cinta teruna dan dara kerana ianya hanya akan membuahkan sesuatu yang melukakan..
uhibbullah..
YA ALLAH JAUHKANLAH AKU DARI CINTA DUNIA YANG SIA-SIA DAN KAU PENUHILAH HATIKU DENGAN CINTA HANYA PADAMUU..HANYA PADAMU...SEHINGGA MASANYA BENAR-BENAR TIBA..
BANTULAH AKU YA ALLAH...

Friday, February 12, 2010

hasbunallah wani'kmal wakil..

ingatlah Allah sebagai sebaik-baik penolong..
setiap kali kita dilanda kesusahan sama ada ringan atau berat,ingatlah Allah sebagai sebaik-baik penolong dan cukuplah Allah sahaja sebagai pelindug kita..insyaAllah...

Thursday, February 11, 2010

SUBHANALLAH!!!! (Embriologi)

MANUSIA DICIPTA DARIPADA 'ALAQ?(SEPERTI LINTAH)

Beberapa tahun dahulu,sekumpulan pelajar Arab telah mengumpulkan data rentang embiriologi daripada Al-Quran.Mereka juga mengikuti setiap arahan mengenainya yang terdapat dalam Al-Quran.
"...maka bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui."[surah An-Nahl:43 dan surah Al-Anbiyaa:7]

Kumpulan pelajar tadi mengumpul maklumat mengenai embiriologi melalui Al-Quran, dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.Mereka kemudiannya berjumpa dengan Prof.Dr.Keith Moore untuk mendapatkan keterangan terperinci mengenai apa yang disebut dalam AL-Quran tentang embiriologi.Keith Moore merupakan seorang Profesor Embiriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Toronto,Kanada, dan beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang ini.
Selepas membuat kajian terperinci mengenai tafsiran ayat2 Al-Quran, beliau menyatakan fakta yang terkandung dalam ayat Al-Quran tentang embiriologi adalah amat bertepatan dengan fakta sains moden.Bagaimanapun,beliau tidak dapat memberi penjelasan bagi beberapa ayat Al-Quran ,disebabkan beliau tidak mempunyai fakta mengenainya.


"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan.Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah."
[surah al-Alaq:1-2]
Perkataan 'alaq di samping bermaksud seketul darah ,juga bermaksud sesuatu yang bersifat lintah (cara makannya dan kedudukannya yang bergantung).
Profesor Keith Moore pada permulaannya tidak mengetahui sama ada embrio mempunyai sifat seperti lintah.Selepas membuat kajian terperinci dengan menngunakan mikroskop yang canggih,beliau terkejut apabila mendapati 'alaq benar2 menyerupai seekor lintah.
Profesor keith Moore dapat menjawab lebih 80 soalan yang diutarakan kepada beliau dalam bidang embiriologi yang dipetik dari al-Quran dan hadith.Menurut beliau,jika soalan2 ini diajukan kepada beliau 30 tahun lalu..beliau sudah tentu tidak dapat menjawabnya kerana kekurangan fakta saintifik mengenainya,tetapi sekarang dengan alatan yang canggih,beliau dapat membuktikan kebenaran fakta2 yang terkandung di dalam al-Quran mengenai embiriologi.
Sebelum ini,Profesor Keith pernah menulis buku THE DEVELOPING HUMAN.Walaubagaimanapun, selepas mendapat maklumat yang banyak mengenai embiriologi daripada Al-Quran,beliau sekali lagi telah berjaya menulis buku edisi ketiga buku tersebut pada tahun 1982.Melalui buku itu.. beliau memenangi anugerah buku terbaik yang ditulis oleh seorang saintis.Buku tersebut menjadi rujukan pelajar perubatan tahun pertama .
Pada tahun 1981,semasa persidangan Perubatan ke-7,di Dammam,Arab Saudi,Profesor Moore menegaskan bahawa ayat Al-Quran tentang embiriologi pastinya datang daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW.Ini kerana,manusia pada zaman itu sudah tentu tidak pernah terfikir tentang perkara ini dan menunjukkan bahawa nabi ialah Rasul Allah.
Dr.Joe Leigh Simpson ,Pengerusi Jabatan Sakit Puan di Kolej Perubatan Baylor,US mengatakan bahawa perkataan Nabi Muhammad (hadis) pastinya bukan berdasarkan kepada fakta sains yang ada pada zaman baginda [abad ke7 masihi]kerana perkara begini tentunya tidak pernah terlintas dalam fikiran manusia pada masa itu..
Perkara yang baru dikaji masa kini..telah Allah turunkan melalui Al-Quran 1400 tahun yang lampau..di zaman teknologi sains moden belum lagi dibangunkan..
renung-renungkan...

Wednesday, February 10, 2010

sambungan KAMI ADALAH IMAD ! IMAD !

Imad terus naik ke atas atap sutuh rumah Farhat untuk menunaikan solat sunat.Lelaki ini mahu menyembah Allah sebelum ajal menjemput.Dia juga memohon agar Allah merestui perjuangannya selama ini.Belum sempat Imad menyelesaikan solatnya sebutir bom telah meledak di atas bumbung rumah berkenaan.Imad terus bangkit dan turun semula untuk melakukan sersng balas.dia melepaskan tembakan rambang ke arah tentera yahudi.Tentera yahudi membalas dengan tembakan bertalu-talu.
Pertempuran sengit berlaku,tetapi tidak lama kemudian tembakan beransur berkurangan.tiada tindak balas daripada pihak Imad mahupun tentera yahudi.Tentera yahudi merasakan mungkin Imad sudah mati,tetapi tidak ada seorang tentera yahudi yang berani mengesahkannya.
Lantas,tentera yahudi yang lengkap dengan pakaian serta senjata canggih itu bergerak mendekati rumah Farhat yang sudah separa hancur itu.Namun mereka takut untuk memasuki rumah Imad bimbang jika itu adalah helah Imad semata-mata..
Mereka saling tolak menolak sesama sendiri untuk masuk ke rumah tersebut.Tentera yahudi khuatir itu hanyalah sekadar helah Imad.Begitu juga dari Farhat yang sunyi sepi..
Oleh kerana itu,tentera yahudi mengarahkan seorang jiran untuk mengesahkan kematian Imad.Apabila jiran itu keluar..ternyata Imad benar2 telah mati...tetapi untuk mendapatkan lebih kepastian..tentera yahudi mengarahkan Farhat membawa mayat Imad di hadapan mereka.Ketika Farhat membawa keluar mayat Imad..tanpa melengah-lengahkan masa..tentera yahudi terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Imad.Tidak cukup dengan itu..mereka mencencang-cencang mayat Imad..


Itulah kesudahannya Imad seorang pejuang Islam yang sejati dan akhirnya mendapat nikmat syahid..semoga beliau diletakkan di kalangan orang2 yang beriman...

Tuesday, February 9, 2010

Allah ingin mengujiku..

Siapa kate dalam kehidupan ini tak dek masalah???
tapi ikut orang itu untuk memandang masalahnya dari sudut positif atau negatif..terserah kepada anda..
Jika sesuatu masalah itu dipandang dari sudut positif..nescaya jiwa akan berasa tenang kerana hati kita penuh dengan kebergantungan kepada Allah yakni kita redha dengan ujian dan ketentuan yang telah ditetapkan..TETAPI..
Jika sesuatu masalah itu dipandang dari sudut negatif..nescaya jiwa akan merana dan mula mencari alasan serta mula menyalahkan orang disekelilingnya dan yang lebih parah ada yang sanggup menyalahkan Tuhan...
Oleh itu,anda harus cuba terima setiap masalh yang diberikan Allah kepada kita sebagai kurnia dariNya yang senantiasa ingin mengingatkan kita..dan sebagai ganjaran pahala kepada kita Umat Islam..
Nabi pernah berkata..jangan kau mengatakan kau adalah orang yang beriman selagi kau tidak diuji Allah..
Allah juga pernah berfirman..bahawa Dia tidak akan menurunkan ujian kepada seseorang itu melainkan dibawah batas kemampuan orang tersebut..
Jadi,apabila kita ditimpa masalah seperti,kritikan orang..caci maki orang..kebencian orang..segeralah berbalik kepada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik sandaran..mohon petunjuk dan jalan keluar dariNya..InsyaAllah..La tahzan Innallahamaana..Aammin..
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Sunday, February 7, 2010

KAMI ADALAH IMAD ! IMAD!

Pernahkah anda semua mendengar tentang kisah perjuangan Imad Hasan Ibrahim Aqal..
Dia merupakan salah seorang pejuang Islam..atau lebih tepat digelar sebagai PUTERA ISLAM ...
Petang itu,Imad yang berpuasa sunat menerima jemputan sahabatnya Farhat, untuk berbuka sama.Rumah Farhat terletak di sebelah Pasar Jumaat dan Masjid Al Islah di Hayyus-Syujaah,Gaza Palestin..
Pukul 5:15 petang,kira2 setengah jam selepas Imad dan farhat selesai menjamu selera,tiba2 terdengar bunyi deruan enjin yang begitu kuat di luar rumah..Ia seperti bunyi enjin kenderaan berdasarkan ngaumannya itu..pasti jumlah kenderaan di luar itu melebihi sepuluh atau dua puluh buah fikir Imad..
Lantas dia bangun dan menjenguk ke tingkap luar.Alangkah terkejut Imad apabila mendapati rumah Farhat kini telah dikepung olah 60 buah kenderaan perang Yahudi..Jika purata sebuah kenderaan membawa 10 orang..ini bermakna ada 600 orang Yahudi yang sedang mengelilingi mereka..
Kawasan Hayyus Syujaah menjadi hingar bingar..Helikopter berlegar-legar di atas udara dengan bunyi enjin yang menggerunkan serta senjata yang menakutkan..
Penduduk di situ berlari memasuki kediaman masing2..Perintah berkurung kemudian dikeluarkan di Hayyus Syujaah..Tiada seorang pon berani keluar dari rumah...kerana Yahudi itu ingin membuat serangan ganas secara besar-besaran..
Namun Imad tiada sedikit pun gentar di hatinya..melihat askar2 Zionis itu..Tiba2 terpacul keluar sesuatu dari mulut lelaki itu.."Inilah masanya untuk aku mati syahid!!!"..

bersambung..

ukhwahfillah abadan abada ye?

sebenarnye nak emo sket la tules bnda niee..
mmg...ana rindu sume sahabat2 ana..kadang2 kalau takde mende nak buat..mesti tringat kat korang sume...alyati..huda..wada..alyami..lele..nai..jua..sume yang same 2 berjuang dgn ana mase kat ssp dlu..syg korang sgt2 taw..
persahabatan dengan korunk merupakan saat manis dalam hidup ana..ntah blela kte bley jumpe..tp tak per ana percaya pertemuan kite adalah kerana Allah dan berpisah kite pon kerana Allah...biarlah walaupun kite sumer jauh di pelupuk mata ..tp..dekat sangat di hati..
ana sayang korang sume..orion 0509..will always be in my heart..
ukhwahfillah abadan abada...
salam..
8 feb 2010
3;48 pm

rindu...

sebenarnye ana sangat rindu akan sekolah ana..
mungkin orang akan kata ana gile..tapi seriously..ana nak balek skolah...
hahaha...mungkin sebab tak buat pape kot kat umah..tu yang kebosanan melanda tahap gampang abes..tapi ble pk2 balek takut la plak tunggu result nak kuar nanti...
huhuhu...
nway pray for the very2 best...
insyaAllah...