Sunday, February 7, 2010

KAMI ADALAH IMAD ! IMAD!

Pernahkah anda semua mendengar tentang kisah perjuangan Imad Hasan Ibrahim Aqal..
Dia merupakan salah seorang pejuang Islam..atau lebih tepat digelar sebagai PUTERA ISLAM ...
Petang itu,Imad yang berpuasa sunat menerima jemputan sahabatnya Farhat, untuk berbuka sama.Rumah Farhat terletak di sebelah Pasar Jumaat dan Masjid Al Islah di Hayyus-Syujaah,Gaza Palestin..
Pukul 5:15 petang,kira2 setengah jam selepas Imad dan farhat selesai menjamu selera,tiba2 terdengar bunyi deruan enjin yang begitu kuat di luar rumah..Ia seperti bunyi enjin kenderaan berdasarkan ngaumannya itu..pasti jumlah kenderaan di luar itu melebihi sepuluh atau dua puluh buah fikir Imad..
Lantas dia bangun dan menjenguk ke tingkap luar.Alangkah terkejut Imad apabila mendapati rumah Farhat kini telah dikepung olah 60 buah kenderaan perang Yahudi..Jika purata sebuah kenderaan membawa 10 orang..ini bermakna ada 600 orang Yahudi yang sedang mengelilingi mereka..
Kawasan Hayyus Syujaah menjadi hingar bingar..Helikopter berlegar-legar di atas udara dengan bunyi enjin yang menggerunkan serta senjata yang menakutkan..
Penduduk di situ berlari memasuki kediaman masing2..Perintah berkurung kemudian dikeluarkan di Hayyus Syujaah..Tiada seorang pon berani keluar dari rumah...kerana Yahudi itu ingin membuat serangan ganas secara besar-besaran..
Namun Imad tiada sedikit pun gentar di hatinya..melihat askar2 Zionis itu..Tiba2 terpacul keluar sesuatu dari mulut lelaki itu.."Inilah masanya untuk aku mati syahid!!!"..

bersambung..

No comments:

Post a Comment