Wednesday, February 10, 2010

sambungan KAMI ADALAH IMAD ! IMAD !

Imad terus naik ke atas atap sutuh rumah Farhat untuk menunaikan solat sunat.Lelaki ini mahu menyembah Allah sebelum ajal menjemput.Dia juga memohon agar Allah merestui perjuangannya selama ini.Belum sempat Imad menyelesaikan solatnya sebutir bom telah meledak di atas bumbung rumah berkenaan.Imad terus bangkit dan turun semula untuk melakukan sersng balas.dia melepaskan tembakan rambang ke arah tentera yahudi.Tentera yahudi membalas dengan tembakan bertalu-talu.
Pertempuran sengit berlaku,tetapi tidak lama kemudian tembakan beransur berkurangan.tiada tindak balas daripada pihak Imad mahupun tentera yahudi.Tentera yahudi merasakan mungkin Imad sudah mati,tetapi tidak ada seorang tentera yahudi yang berani mengesahkannya.
Lantas,tentera yahudi yang lengkap dengan pakaian serta senjata canggih itu bergerak mendekati rumah Farhat yang sudah separa hancur itu.Namun mereka takut untuk memasuki rumah Imad bimbang jika itu adalah helah Imad semata-mata..
Mereka saling tolak menolak sesama sendiri untuk masuk ke rumah tersebut.Tentera yahudi khuatir itu hanyalah sekadar helah Imad.Begitu juga dari Farhat yang sunyi sepi..
Oleh kerana itu,tentera yahudi mengarahkan seorang jiran untuk mengesahkan kematian Imad.Apabila jiran itu keluar..ternyata Imad benar2 telah mati...tetapi untuk mendapatkan lebih kepastian..tentera yahudi mengarahkan Farhat membawa mayat Imad di hadapan mereka.Ketika Farhat membawa keluar mayat Imad..tanpa melengah-lengahkan masa..tentera yahudi terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Imad.Tidak cukup dengan itu..mereka mencencang-cencang mayat Imad..


Itulah kesudahannya Imad seorang pejuang Islam yang sejati dan akhirnya mendapat nikmat syahid..semoga beliau diletakkan di kalangan orang2 yang beriman...

No comments:

Post a Comment