Thursday, February 11, 2010

SUBHANALLAH!!!! (Embriologi)

MANUSIA DICIPTA DARIPADA 'ALAQ?(SEPERTI LINTAH)

Beberapa tahun dahulu,sekumpulan pelajar Arab telah mengumpulkan data rentang embiriologi daripada Al-Quran.Mereka juga mengikuti setiap arahan mengenainya yang terdapat dalam Al-Quran.
"...maka bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui."[surah An-Nahl:43 dan surah Al-Anbiyaa:7]

Kumpulan pelajar tadi mengumpul maklumat mengenai embiriologi melalui Al-Quran, dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris.Mereka kemudiannya berjumpa dengan Prof.Dr.Keith Moore untuk mendapatkan keterangan terperinci mengenai apa yang disebut dalam AL-Quran tentang embiriologi.Keith Moore merupakan seorang Profesor Embiriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Toronto,Kanada, dan beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang ini.
Selepas membuat kajian terperinci mengenai tafsiran ayat2 Al-Quran, beliau menyatakan fakta yang terkandung dalam ayat Al-Quran tentang embiriologi adalah amat bertepatan dengan fakta sains moden.Bagaimanapun,beliau tidak dapat memberi penjelasan bagi beberapa ayat Al-Quran ,disebabkan beliau tidak mempunyai fakta mengenainya.


"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan.Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah."
[surah al-Alaq:1-2]
Perkataan 'alaq di samping bermaksud seketul darah ,juga bermaksud sesuatu yang bersifat lintah (cara makannya dan kedudukannya yang bergantung).
Profesor Keith Moore pada permulaannya tidak mengetahui sama ada embrio mempunyai sifat seperti lintah.Selepas membuat kajian terperinci dengan menngunakan mikroskop yang canggih,beliau terkejut apabila mendapati 'alaq benar2 menyerupai seekor lintah.
Profesor keith Moore dapat menjawab lebih 80 soalan yang diutarakan kepada beliau dalam bidang embiriologi yang dipetik dari al-Quran dan hadith.Menurut beliau,jika soalan2 ini diajukan kepada beliau 30 tahun lalu..beliau sudah tentu tidak dapat menjawabnya kerana kekurangan fakta saintifik mengenainya,tetapi sekarang dengan alatan yang canggih,beliau dapat membuktikan kebenaran fakta2 yang terkandung di dalam al-Quran mengenai embiriologi.
Sebelum ini,Profesor Keith pernah menulis buku THE DEVELOPING HUMAN.Walaubagaimanapun, selepas mendapat maklumat yang banyak mengenai embiriologi daripada Al-Quran,beliau sekali lagi telah berjaya menulis buku edisi ketiga buku tersebut pada tahun 1982.Melalui buku itu.. beliau memenangi anugerah buku terbaik yang ditulis oleh seorang saintis.Buku tersebut menjadi rujukan pelajar perubatan tahun pertama .
Pada tahun 1981,semasa persidangan Perubatan ke-7,di Dammam,Arab Saudi,Profesor Moore menegaskan bahawa ayat Al-Quran tentang embiriologi pastinya datang daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW.Ini kerana,manusia pada zaman itu sudah tentu tidak pernah terfikir tentang perkara ini dan menunjukkan bahawa nabi ialah Rasul Allah.
Dr.Joe Leigh Simpson ,Pengerusi Jabatan Sakit Puan di Kolej Perubatan Baylor,US mengatakan bahawa perkataan Nabi Muhammad (hadis) pastinya bukan berdasarkan kepada fakta sains yang ada pada zaman baginda [abad ke7 masihi]kerana perkara begini tentunya tidak pernah terlintas dalam fikiran manusia pada masa itu..
Perkara yang baru dikaji masa kini..telah Allah turunkan melalui Al-Quran 1400 tahun yang lampau..di zaman teknologi sains moden belum lagi dibangunkan..
renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment